Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Al-Kisahnya Raya 2024

 


Selamat Hari Raya. Maaf, zahir dan batin buat semua pembaca kesayangan blog Dari Jari-Jari Halusku.

Terima Kasih sebab selalu datang baca. Tulis sorang-sorang, baca ramai-ramai. You all memang best lah!

AL-KISAHNYA RAYA 2024

Tahun ni dapat beraya dengan dua-dua orang mama. Alhamdulillah. Saya dilahirkan dalam keluarga yang sangat besar. Ada dua orang mak. Walaupun arwah abah dah takda, kami masih berhubung baik dengan mama Ida, masih berkunjung ke rumah dia di hari raya, masih ramai adik beradik di sana.




Dapat makan Rendang maman dengan ayam kampung yang sangat ditunggu-tunggu sebab mama Ida masak lauk istimewa ni setahun sekali je. Kalau terlepas, rugi!


Tahun 2024 ni tak ada baju baru di hari raya sebab saya busy. Tetap bersyukur. Raya tetap ‘happening’ raya saya. Alhamdulillah. 


Perjalanan balik Segamat dalam 4 jam setengah. Walau trafik menghala ke Selatan tak seteruk trafik menghala ke Pantai Timur, tetap jem!


Kedai makan tutup di hari raya pertama. Disebabkan kami tinggal di homestay instead of rumah mama, kami beli roti dan sandwich untuk lapik perut. Tak masuk kedai-kedai makanan segera yang khabarnya sesak di hari raya. Well, i bukan peminat burger-burger segera tu, so tak heran, tak teringin, tak terdetik pun hati nak makan. Makan sahaja lah apa-apa yang halal, asalkan kenyang.

Akhirkata, you all sambung raya di KL ke tuuu ..


Kulit sihat dan cantik dengan produk Venus Rose

Hai semua. Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang produk kecantikan Venus Rose. Produk Venus Rose diasaskan oleh Tiara Suraya bersama ibunya yang dikenali dengan panggilan Mommy Sue. 


Set penjagaan kulit Venus Rose ini lengkap bermula dari pencuci muka hinggalah ke sunscreen. Semua misz ella dah ada dan cuba kecuali sunscreen (soon i akan beli, k).


Pencuci muka Venus Rose - Ultrasoothing facial cleanser 

Paling suka! Sebab pencuci muka ni sangat bersifat semulajadi. Hanya dua kali pam sudah cukup untuk mencuci  seluruh muka. Saya suka bau pencuci muka ni. Ia berbau seperti antiseptic, meningkatkan keyakinan yang bila guna pencuci muka ni, kulit kita akan jadi lebih bersih tanpa kuman (ohh hai .. tinggi betul imaginasi Cik Ella). Tak pe lah sebab yang penting ia betul-betul membersihkan muka dengan lembut tanpa menyakitkan kulit. 


Buih pun tidak terlalu banyak. Senang cuci, mudah dibilas. Betul-betul rasa bersih selepas mencuci. Lurve sangat sampai rasa nak cuci muka lagi dan lagi. 



Penyegar muka Venus Rose - Glycolic acid toner

Senang nak guna penyegar muka ni. Hanya tiga pam di tapak tangan, terus tepuk-tepuk manja ke muka. Saya suka bau dia, macam ada sedikit bauan rosy buat muka kita rasa segar dan tenang. Malah fungsinya lebih lagi kerana gylcolic acid berupaya membuang sel mati secara halus tanpa kita sedari.

Ia mengandungi :
Ekstrak teh hijau yang bersifat anti oksidan serta menenangkan kulit
Witch hazel extract yang melicin serta menenangkan kulit
Glycolic Acid (AHA) yang berupaya membuang sel-sel kulit mati
Glycerin  yang membantu melembapkan kulit
Hyaluronic Acid yang memberi kelembapan berpanjangan


Serum - Venus Rose Salicylic Acid (BHA) & Mandelic Acid (AHA)

Ini adalah serum kesayangan saya kerana ia berupaya membuang sel-sel kulit mati dalam waktu yang sama bersifat anti radang dan memberi perlindungan anti septic yang mampu menghalang pertumbuhan micoorganisma/kuman yang tidak baik untuk kulit. Guna je macam biasa, tau tau kulit jadi lebih bersih dan licin macam ‘porcelain’ kerana sel-sel kulit mati dah tiada lagi. Sesuai digunakan oleh mereka yang memiliki kulit berminyak kerana ia juga berupaya mengawal minyak berlebihan pada kulit. Paling penting serum ni juga membantu menegangkan kulit. Well, sebab tu lah serum ni favourite i! Anyway panjang betul nama dia. Tak apa, just remember dark blue sticker sebab Venus Rose ada tiga jenis serum dan yang ni sticker dia berwarna biru.



Cuba tengok tekstur dia. Halus (tidak terlalu pekat, tidak berwarna. Macam melekit tetapi sebenarnya tidak kerana ia cepat diserap oleh kulit. Saya paling suka bau dia. Rasa hygiene sangat. Sila guna tanpa was was kerana manfaatnya sangat banyak, terutamanya untuk membuang sel-sel kulit yang mati seterusnya membuat kulit kita licin macam kulit ‘baby’



Serum Venus Rose - Harmonious Glow Niacinamide Serum


Bila kulit kita dah bersih dari sel kulit mati, masa untuk  mencerahkan kulit, memudarkan bintik-bintik gelap dan  mengurangkan garis-garis halus. Hanya guna 3,4 titik dan ratakan ke seluruh muka. Gunakan dengan penuh disiplin InshaAllah kulit jadi semakin cantik tanpa noda dan cela.



Serum Venus Rose - Rosy Dewdrop Hyaluronic Acid Serum


Kelebihan hyaluronic acid adalah ia mampu memberi kelembapan pada kulit. Maka kulit kita sentiasa ‘moist’ dan tidak kering. Kulit yang kering sangat tak sihat ye. Kulit yang sihat adalah kulit yang kekal lembap dan segar berseri. Jom kita guna serum Rosy Dewydrop Venus Rose untuk kulit yang lebih sihat dan berseri. Yang ni ada aroma rosy sikit mungkin dicampur dengan pati bunga ros supaya kulit kita berseri dan wangi. 



Venus Rose Aquahydrance Facial Moisturiser



Krim pelembap (moisturiser) Venus Rose ini mempunyai tekstur yang sangat halus dan mempunyai aroma bunga ros yang sangat lembut dan menenangkan (macam bau bunga ros mahal). Gunakan sedikit sahaja, ratakan ke seluruh muka). Kulit rasa best sangat!



Venus Rose Retinol Night Serum 



Retinol night serum meningkatkan pengeluaran collagen yang sangat diperlukan kulit. Membantu mengurangkan kedut dan garis-garis halus. Digunakan di waku malam sahaja, rata kan diseluruh muka sebelum tidur. Retinol memelihara dan memperbaiki kulit pada waktu malam.



Misz-ella telah guna produk Venus Rose selama dua minggu. Alhamdulillah kulit lebih sihat, tak ada sel-sel kulit mati yang buat muka kita bercapuk-capuk pakai bedak pun tak lekat.

Kulit juga lebih lembap dan sihat, berseri dan glowing. Garis-garis halus di sekitar muka yang dulu ketara sekarang dah semakin berkurang. Kulit juga jadi lebih tegang. Kalau cakap umur saya baru 40 pun orang percaya kot (Ewah ewah .. perasan sekejap)


So, inilah dia produk-produk Venus Rose kesayangan saya. Harga tidak mahal, sangat “wallet friendly” dan mampu milik. Untuk keterangan lanjut sila layari :

Atau

Baju raya - Kebaya Janggan Jengyah

Hai pembaca kesayangan. Selamat menjalani ibadah puasa. Dah cari baju raya kah? Introducing you Kebaya Janggan Jengyah untuk sesiapa sahaja yang mahu cantik dan menarik di hari raya nanti.


Bukan main glamour nama dia ye - Janggan Jengyah! Kemainn ... yang penting kebaya ni cantik. Berkolar mandarin, kain tak tipis, tak perlu lining atau pakai kain dalam. Setiap kebaya datang dengan matching kain batik berserta dengan kerongsang. 



Ada beberapa pilihan iaitu :

1.Kebaya putih  & Batik MarronBlack
2. Kebaya Hitam & Batik Kokogreen
3.Kebaya  Putih & Batik Pinkish 
4. Kebaya Hitam & Batik MaroonBlack


Dibuat dari : 

Top - Cotton Embose 
& Cotton Batik 
Saiz : S to 2XL

PERCUMA Kerongsang 


Harga ASAL adalah RM189.00
Promo Pre Raya HANYA RM169.00 SAHAJA


Kelebihan kebaya Janggan Jengyah adalah : Material sedap & lembut. Efek kurus &menawan.Terserlah kejelitaan

Cantik you alls. Misz-ella dah beli 2 pasang ye. Sesiapa berminat sila whatsapp no. 60166223138. Jom cantik cantik bersama hari raya ni.

Kombo baju raya Bulan Bintang dan jersi Choii dibawakan oleh Specta Event Sdn Bhd

Sempena hari raya 2024, dua jenama paling viral iaitu baju melayu Bulan Bintang dan jersi Choii buat pertama kali bergabung dalam satu sesi jelajah festival raya yang dibawakan oleh Specta Event Sdn Bhd. 



Kedua-dua jenama besar ini bakal bergabung mengadakan j
ualan kombo istimewa iaitu 4 item pada harga RM289 sahaja semasa sesi jelajah festival raya tersebut akan diadakan di tiga lokasi iaitu di perkarangan parking A stadium Putra Bukit Jalil dari 21hb Mac 2024 hingga 24hb Mac 2024 dan Raia Hotel Convention Center di Alor Setar, Kedah dari 28hb Mac 2024  hingga 31hb Mac 2024. Jualan kombo 4 item Bulan Bintang X Choii pada harga RM289 ini hanya boleh didapati semasa jelajah festival Specta yang akan diadakan selama 96 jam tanpa henti di lokasi-lokasi terbabit.




Festival raya Bulan Bintang X Choii ini akan menampilkan artis serta influencer popular seperti Ella, Shaheizy Sam, Syatillah Melvin, Faris Asri, Erma Fatimah, Shuib, Achey, Cat Farish, Shikin Maembong, Fauzi Nawawi, Yasin Yahya, Lisdawati, Aizat Sha dan ramai lagi. Festival raya ini akan dihost oleh pengacara festival negara, Kelly Azman.




Jom bergaya di hari raya bersama jersi Choii dan baju melayu Bulan Bintang. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti media social berikut:

Bufet Ramadan 2024 - Iftar di Taman Dahlia hanya RM59!





Tempat paling best untuk buka puasa masakan Melayu yang betul-betul authentic, asli dan cukup rasa adalah di I'Dahlia Corner. Puas makan kat situ. Tambah best bila bermula dari 12 Mac 2024 hingga 7 April 2024, kita boleh buka puasa dengan bufet Ramadan di I'Dahlia Corner dengan hampir 40 juadah Melayu asli hanya berharga RM59 (Dewasa dan Warga Emas) dan RM39 (Kanak-kanak) seorang sahaja! Dengan lokasi I'Dahlia yang sangat strategik iaitu di Persiaran Stonor, KLCC ... mana nak dapat harga tu, kan.



Bertemakan IFTAR DI TAMAN DAHLIA, kualiti serta rasa masakan di sini tak perlu dipertikai lagi.













Masak lemak cili api daging salai, Asam pedas ikan pari, Sambal udang petai, Ayam goreng berempah, Masak lemak siput sedut, Sup daging meletop, Jering berlado, Ikan bakar bersambal, Ikan keli berlado, Paru goreng berempah, Pecal, Sayur nangka masak lemak
dan macam-macam lagi .. setiap juadah di I'Dahlia Corner dimasak dengan teliti mengikut resipi Melayu Asli.



Dewan makan I'Dahlia sangat cantik dihiasi bunga-bunga indah, luas dan selesa, boleh muat sehingga 150 orang dalam satu masa.  Tempat parkir hanya 30 meter dari restoran, kemudahan tempat solat dan tandas juga ada.




Sambil buka puasa, sambil dihiburkan oleh persembahan kumpulan buskers. Santai dan rilek betul vibes buka puasa kat sini.



Hanya RM59 seorang! Untuk tempahan sila hubungi 012-3526397 dan 017-9913907. You all jangan walk in ye sebab takut takda seat nanti. Untuk lebih info, jangan lupa ikuti Instagram I'Dahlia Corner di https://www.instagram.com/idahlia.corner/



Bufet Ramadan 2024 - Khazanah Sajian Desa di Wyndham Hotel

 

Hotel Wyndham Grand hotel, Bangsar membawakan bufet Ramadan Khazanah Sajian Desa. Bermula dari 14/3/2024 hingga 7/4/2024, lebih dari 150 juadah bertemakan khazanah serta budaya Malaysia menanti pengunjung pada harga RM198 sahaja.









Antara yang menarik adalah beberapa LIVE station untuk kambing panggang, sate, shawarma, ikan bakar, sup, dim sum dan pelbagai lagi.












Ada juga section untuk juadah Melayu





section untuk juadah masakan kaum Cina





dan section untuk juadah masakan kaum India



Ada juga section untuk masakan barat




Kaunter pemanis mulut juga dihias cantik dengan bahan-bahan asli seperti daun pandan. Deretan kuih muih Melayu dan moden menanti pengunjung.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 02-22981888 Ext 5000 atau Whatsapp 016-3366792.