Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Alkisahnya 19

Tahun-tahun sebelum ini .. bulan Mac tiada yang istimewa untuk saya. Tahun ini, bulan Mac bakal memberikan saya kegembiraan yang sangat luar biasa. Cepatlah 19!! Aku dah tak sabar *senyum sampai telinga*

Main Dengan Kerusi

Malam ni kita Main Dengan Kerusi.  Setengah jam kita Hi-Lo lepas tu masing-masing ambik kerusi. Berdiri, duduk, bukak, tutup, tengah, tepi dan macam-macam lagi. Auwww .. auwww .. jeritan kecil kita. Sakit oke bila otot-otot peha didera sedemikian rupa. Tapi best!! Serius best!! 



Ini eksyen je cos the actual workout is harder. Ada sapa-sapa sakit peha harini? Well .. that show the workout work, OK. Beauty is pain .. no pain .. no gain. Perghhhhh .. skema sangat la ayat tu, kan. Hihihi.

Muka penat nak senyum tak larat. Peluh maksimum and we burned a lot of calories. I started my workout since i was 20's dan tahun ni saya 40. Setakat ni oke. Misz-ella masih enjoy ber eksesais dengan kawan-kawan. Malah sekarang ni eksesais saya dah tak boleh tinggal sebab bila tinggal, sakit-sakit badan. My advise for those who want to do exercise, cari la exercise yang korang suka. Kalau suka jogging, banyak taman-taman ada. Misz-ella tak suka 'Outdoor' .. nanti kulit terbakar. Ececehhh .. jaga la sangat, kan. Hihihi. Misz-ella suka sangat aerobic dari dulu lagi. Tips for you yang suka aerobic .. Listen to the music. Follow the beat.  Dont blindly do. Pergerakan badan harus selari dengan tempo sebab aerobic adalah gerakan senaman berirama. Tak boleh syok sendiri. Have to listen to the tempo whatever it is. Sesekali buatlah 'body toning'. Its a bit pain tapi best!! OK lah .. Takmo cerita lagi dah. Bye kawan-kawan. Mekaseh baca ye.




Pakcik Tongkat Kayu Golf

Dah dua hari berturut Misz-ella terserempak dengan dia. Jalan dengkot-dengkot berkupiah putih berbaju T.  Tangan kanan pegang kayu golf yang dibuat tongkat berjalan kaki sorang diri.  Bila selisih dengan lori, teragak-agak pakcik tu nak hayun langkah kaki. Siapa dia? Mana agaknya dia nak pegi? Kesiannya ..

Dalam hati tergerak nak berhenti tanya .. As-salam pakcik .. nak ke mana? Meh naik kereta saya .. saya tolong pakcik ye. Tapi saya bimbang .. saya tak berteman, keseorangan. Betul-betul safe ke saya? So, instead of tolong hantar dia, saya doakan dia ~ Ya Allah Ya tuhanku, kau peliharalah kesejahteraan pakcik ini. Moga dia selamat tiba ke destinasi. Amin.

Tunggu esok ye. Bakal bertemu lagikah saya dengan dia?

Melayan

I'm sure as a Mother .. the best thing in the world is bila dapat melayan kehendak Anak. Bawak dia pergi mana dia nak pergi .. masak makanan kegemaran dia .. dapat penuhi impian dan permintaan dia. Hepikan kita bila tengok anak hepi. Bahagia kan kita as a mother? Ke ada mak yang tak ada rasa? Ada ke? I dont think so. 


Aiman spend his time with me more than his father. Father dia sibuk. Balik kerja buat kerja lagi. Ahad pun bizi. Kalau Aiman nak apa-apa, nak pegi mana-mana .. itu Misz-ella punya kerja. Tapi tak apa .. saya bahagia. He was trained from his earlier days to follow wherever i go. Masa umur dia 4-5 tahun, Misz-ella bawak dia gi Salun, bawak dia gi Jogging. Ke mana saja Misz-ella akan bawak dia. Tak pernah Misz-ella tinggalkan dia dengan sapa-sapa. Dia peneman yang setia. Sampai sekarang, dia akan temankan Misz-ella ke mana-mana melainkan jika dia ada hal. Sometimes he will act as my Assistant. Sambil drive .. Aiman tolong jawab SMS mama. Misz-ella sebut dia tukang taip. Semua kegiatan Misz-ella, sapa bestfriend Misz-ella .. sume dia kenal. Pasword handphone Misz-ella pun dia tau. Masa kecik, dia selalu kena ejek Anak Mak oleh kawan-kawan. Tapi dia tak kesah. Syurga bawah tapak kaki mak, katanya. Misz-ella doa satu je .. Harap-harap Aiman akan bertemu pasangan yang boleh menjaga Aiman sepertimana mama jaga Aiman sekarang. Harap-harap mama akan jadi Mak yang sentiasa membahagiakan Aiman. Harap-harap bila mama jadi Mak mertua nanti, mama akan jadi mak mertua yang disayangi. Kadang-kadang kita tengok situasi rumahtangga orang kita jadi takut. Bila kawan cerita mak mertua dia camni, camtu .. Misz-ella mula berdoa .. harap-harap aku tak jadi la mak mertua yang macamtu .. yang menyusahkan anak menantu dan cucu-cucu.

Dah puas jalan-jalan, meh kita mandikan kereta. Sian dia bekerja kuat membawa kami ke sini sana. Tuannya mandi tiap-tiap hari .. dia sesekali. Sesekali ok la .. dari tak mandi langsung, kan. Hihihi.




Surat Putus Buat Dia

Minggu lalu, saya hantar Surat Putus Buat Dia. Surat Putus yang dah lama saya rancang penghantarannya. Bila berjaya saya hantar, saya lega. Lega teramat sangat .. bagai melepas seketul batu berat di bahu. Saya bagitau dia yang bakal saya tinggalkan .. Sini bukanlah yang terbaik tapi "the best". Mana mungkin saya boleh lupa semua yang indah disini. Gurau senda, makan sepinggan, minum secawan, tidur sebantal. Kami ketawa sampai keluar airmata bila kami putar semua Memori.  

Mungkin saya takkan jumpa lagi 'spesis' seperti mereka .. yang menerima kekurangan dan kelebihan antara kita. Yang selalu gaduh manja sambil maki-maki dalam waktu yang sama menyimpan rasa sayang sampai mati dalam hati. 

Putus kami hanya pada jasadnya sahaja tapi tidak dijiwa. Kan kita dah janji kekal bersama sampai mati. Ok .. mata mula berkaca *sobs* Takmo cerita lagi. Bye.

Makan Besar!!!!

My life is alway full with activities. Keluar masuk rumah rehat sejam dua pastu keluar lagi itu perkara biasa for me. Sebolehnya, dalam sehari tu Misz-ella akan luangkan masa untuk diri sendiri, famili dan kawan-kawan. Malam semestinya masa untuk Misz-ella berehat. Letak kepala .. doooommmm .. see u esok pagi. Jarang la Misz-ella nak duduk rumah rehat depan TV tengok Melodi. For me, tak do pekdah tonton rancangan Gossip. I never worry being ketinggalan sebab esok-esok ada je offismate tolong sampaikan gossip. Kalau mood baik Misz-ella dengar kalau mood tak baik i buat donno je. Hihihi.

Kadang-kadang orang tanya .. tak penat ke? Well .. I have my own way of therapy. Antaranya .. Lipat kain baju tenang je kepala rasa. Mop lantai rumah sambil dengar lagu best gila!! dan percaya tak Misz-ella suka sangat kopek ikan bilis?Cool beb!!






Makan besar @ Seoul Garden ~ A day before Chinese New Year. Esok nak terbang ke Jakarta, malam ni sempat lagi makan dengan kawan-kawan. Mula-mula sopink, pastu jalan-jalan .. pastu makan-makan. Perghhh!!




Lembu dan Manusia

Fitrahnya manusia dia ada rasa. Adakala suka adakala tidak. Ada masa kita berkata ye ada masa kita kata tidak.  Fitrahnya lembu, dia tiada pilihan dan tidak boleh berkata tidak.  Terpaksa menurut dan mengikut kehendak tuan. Hanya mampu Yess Sir tiada No nya.

Dalam hidup ~ yang mana satu kau mahu? Jadi lembu yang harus patuh dan menurut sahaja? Atau jadi manusia yang berhak berkata Tidak dan Ye dan ada pilihannya?

Kau terus la menglembukan diri. Aku tak mau.







Jakarta-Bandung Entry Last

Entry last untuk Trip Jakarta-Bandung. Disebabkan terlalu kerap ke Jakarta-Bandung, kadang-kadang Misz-ella ada rasa tak nak pegi sana lagi. Rasa je sebab lepas tu balik-balik muka ku di sana. Serasi kot Misz-ella kat sana ye? Hehehe. Sebenarnya its not easy for me to prepare Entry Trip ni. Misz-ella kena ambik gambar kat sini sana .. ada yang dari FB KY, ada dari FB Hakeem .. ada yg dari FB Aiman. Kalau tak kuat semangat .. memang takkan buat la Entry Trip  Jakarta-Bandung ni. Tapi atas dasar rasa ingin berkongsi .. penat-penat pun ku redah aje.  Alhamdulillah .. entry ini sudah sampai ke penghujungnya. Yeszzz!!



Favehotel Jalan K.H. Wahid Hasyim - Hotel kami di hari terakhir.  Keluar hotel ke kiri jalan kaki lebih kurang 10-15 minit kita akan jumpa Kompleks Tanah Abang.  Ke kanan jalan kaki dalam 10-15 minit kita akan jumpa Plaza Indonesia, tempat shopping golongan elit di Indonesia.  Masuk kena scan dulu ye .. diaorang takut kita bawak bom. Hehehe.

Ini budget hotel ye. Lebih kurang RM180 semalam termasuk sarapan untuk dua orang. OK la bilik dia tapi bukan semua 'gratis' disini. Nak 'shower cap' kena bayar .. nak itu ini perlu wang. Mintak 'hair dryer' tak ada. Air panas dalam bilik pun tak ada. Nama pun budget hotel.

OK la keluasan bilik hotel kat sini ~ tak besar .. tak kecik. Sederhana.


I panggil The Pink Hotel sebab i.d. hotel ni banyak yang pink kaler.  Breakfast disini sangat 'basic' ye ~ Satu nasi dan dua lauk, telor, roti dan buah ~ Belas ringgit untuk dewasa dan lebih kurang RM7.50 untuk kanak-kanak.

Yang ni ialah buffet breakfast di Aston Braga

Carrot soup ye Dini?

Ada Sushi jugak. Aston Braga ni kiranya 4 star la dekat Bandung. Tu yang buffet breakfast dia meriah.

See. Besar dan banyak pilihan, kan.

Ada Free Computer ber Wi-Fi kat lobby. Favorite spot bujang dua orang ni.

Beg beranak adalah situasi biasa kalau ke Jakarta-Bandung. Datang jutawan, balik muflis. Auwwww .. sopink tak ingat dunia!!

Lobi hotel Aston Braga

Minum kopi sebelum tidur adalah amalan biasa Misz-ella. Orang kata kalau minum kopi nanti susah tidur.  I oke je sebab i akan melenjan diri siang hari supaya malamnya boleh tidur dengan lena . Ada Circle K 24 jam sebelah Favehotel. Perghhhh .. bestnya boleh beli kopi.

Jangan habiskan duit tau.  Sila ketepikan Rp150,000 untuk bayar Airport Tax masa nak balik nanti or else you will end up like one Indian man that we met at our next Check In counter. Menjerit-jerit marah petugas kaunter tu sebab tak nak bayar Airport Tax. Haiyoyo .. sungguh tak pro la you. Malu ok bergaduh kerana Rp150,000 (lebih kurang RM45)

Sepanjang di Jakarta, Misz-ella guna Elf 15 seater yang disewa dari Vico of Griyamobil. Harga dia ok, tak mahal. Kalau berminat u ols email dia di griyamobilkita@gmail.com. Di Bandung, Misz-ella guna Van Pariwisata yang disewa dari Hayuka Bandoeng. Kalau berminat add Hayuka Bandoeng di FB dan berhubung dengan Yus. She will give you the quotation. A day before they will email or sms you the driver's name. OK dah habis cerita. Dah tak ada apa nak cerita lagi rasanya. So lepas ni kita cerita pasal lain pulak ye. Bye kawan-kawan. Mekaseh baca entry saya.

KY, Hakeem, Aiman .. thanks for the photos.







Lauk Kasih Sayang

Misz-ella suka masak .. walaupun masakan Misz-ella belum tentu sedap. Masak-masak pastu makan ramai-ramai .. baru la berbaloi penat lelah duk ber kungfu taichi di dapur pagi-pagi, kan. Kalau ada masa Misz-ella masak lebih pastu bawak gi ofis makan dengan Geng Makan. Dalam seminggu 2, 3 kali la Misz-ella buat camtu .. selebihnya kitorang makan luar. 

Ayam Masak Kicap + Kentang

Sambal Sardin feveret Misz-ella forever ever

 Ayam Sambal Berkicap feveret Aiman

 Ikan Siakap Masak Taucu dan Sup Sayur Campur Misz-ella masak dan makan ramai-ramai kat Offis dengan Geng Makan. Disulami pulak dengan Air Blackcurrant Ber collagen. Auwwww .. awets muda kitorang. Bila diaorang cakap sedap .. Misz-ella jawab "Sebab aku masak dengan kasih sayang" .. Aku kan sayang korang.

Kueh Kasturi ni bukan beli tapi Misz-ella buat sendiri. Bila buat sendiri jadi banyak .. jenuh Misz-ella bagi Kak Tini sikit, Kak Zana sikit, Yanti dan Nana sikit, jiran-jiran sikit .. selebihnya Misz-ella bawak gi offis dan makan dengan Geng Makan. Teringinnya nak buat Karipap Sardin, teringinnya nak buat Tepung Bungkus, teringinnya nak buat Cucur Badak. WaWaWa .. banyak ekau punya teringin .. yang nak makan takat 3 mulut jer. Beli je la Ella. Beli memang boleh tapi buat sendiri lagi best. Kan .. kan .. kan korang kan. Nanti la .. bila-bila free Misz-ella buat eh.

Jumaat ~ 22/2/2013

Jumaat yang Misz-ella ketawa bagai nak gila dek lawak jenaka offismate saya.  Jumaat yang Misz-ella tak sempat sarapan sebab banyak kerja. 
Jumaat yang Misz-ella angkut kawan-kawan dalam SUV untuk makan tengahari di Restoran yang agak dikenali. Hohoho .. melayang orang belakang sebab i bawak kereta ganas gila. Pakai seat belt even if you duduk belakang ye.
Jumaat yang Misz-ella bengang dengan seseorang yang masih ditakuk lama ~ suka tukar topik dan cari salah orang bila terkena batang hidung dia. 'Spinning' mengalahkan ular.  Benci!!
Jumaat yang Misz-ella pulang saat langit masih terang. YESZZ!!
Jumaat yang Misz-ella menjemput teman di rumah untuk ke Lantai Tari.
Jumaat yang Misz-ella masih nak dengar cerita dia walau kami dah tiba ke deatinasi.
Jumaat yang Misz-ella dan teman menari "Baraa Baraa Beree Beree" untuk pertama kali .. bagai nak tergeliat pinggang!
Jumaat yang kami repeat Dance Again untuk kali ke dua.
Jumaat yang Misz-ella minum kopi airtangan Sifu sendiri. Tq Teacher. 
Jumaat yang Misz-ella cakap "Adoiii .. dah gemuk la daku"
Jumaat yang Misz-ella sedar that i lost my favorite sunglass. *sobs*
Jumaat yang Yanti Bedak Sejuk pulang tanpa say GoodBye to me. Lupa ke?
Jumaat yang Misz-ella bercerita tentang terbang dari siang sampai malam.
Jumaat yang Misz-ella tetiba ternampak "showcase" dan "showroom"
Jumaat yang macam-macam ada.





Dan Jumaat yang saya tidur paling awal iaitu pukul 12:15 malam ..





RUGINYA MANUSIA

Ruginya manusia bila dia tidak menggunakan akal fikiran sebelum berkata-kata.
Ruginya manusia bila dia membesarkan sesuatu perkara bila dia sepatutnya menyelesaikannya.
Ruginya manusia bila dia terlalu pandai berkata-kata tanpa melihat logiknya tiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia.
Ruginya manusia bila 'ego' dia mengatasi segalanya.

Jadilah kau manusia yang rugi. Yang pada akhirnya tidak mendapat apa-apa melainkan rugi sahaja.

Hari ke 5 ~ Puncak, Monas, Masjid Istiqlal dan Plaza Indo

Hari ke 5 ~ Bangun, sarapan ramai-ramai di Coffee House Aston Braga Hotel & Residence, Chek-Out dan menunggu Faisal untuk pulang ke Jakarta. Sebelum tu, meh Misz-ella nak cerita tentang Aston Braga Hotel & Residence. Misz-ella booked 3 rooms Condotel and i got it at a very reasonable price, lebih kurang RM450/semalam. Publish rate is Rp2,900,000/malam *lebih kurang RM925*. Jauh beza harga, kan. Misz-ella kalau ke mana-mana mesti akan book thru Agoda *i member Agoda since tahun 2007* atau Booking.com. Condotelnya besar, ada 2 bilik air dan sangat selesa untuk Grup kami ni.  Aston Braga terletak di Jalan Braga yang lokasinya betul-betul dalam Pusat Bandar. Mahu ke mana-mana dekat dan senang. Ini kali ke 2 Misz-ella duduk di sini.  Kali pertama masa pergi "Ladies Trip" dulu. My tips untuk korang yang looking for accomodation and D.I.Y. macam kami, sila la Survey sampai korang betul-betul puashati.

Ada banyak hotel or guesthouse kat Bandung ~ bermula dari serendah RM70. Tempat paling best nak duduk dah tentulah Jalan Riau, Jalan Dago, Jalan Cihampelas, Jalan Braga dan Jalan Setiabudhi .. bergantung pada apa tujuan korang ke sini. Kalau nak rest, duduk kat daerah Lembang. Kalau nak shopping, duduk la di jalan-jalan yang Misz-ella sebutkan tadi. Misz-ella ni 'adventure' sikit .. 3 Malam di Bandung, 2 hotel kami duduk. Dua-dua pun best dan puashati.  

Perjalanan ke Jakarta melalui Puncak-Bogor

First timer, please follow this road. Walaupun agak jauh tapi seriyus tak boring.  Keluar masuk kampung, tengok gaya hidup orang tempatan, jumpa kuda di tengah-tengah jalan. Funn!! Lepas tu kita akan jumpa Ladang teh yang cantik macam gambar di atas. Biasanya kita akan berhenti rehat di Masjid Atta'Atawun, solat dan ambil gambar.

I told my family ~ Nanti kita makan kat Gerai-gerai ni ye. We have to experienced makan di tempat "local people" makan. Dont worry, i have eaten here before. Gerenti tak sakit perut. They agree. Kalau ke Puncak, jangan lupa singgah Warung Raihan untuk makan Nasi Goreng IDR13,000 dan Baso IDR15,000. Sedap sangat masakan dia.

Ladang Teh di Puncak, Bogor adalah sangat cantik. I have taken photos many times here tapi masih tak puas lagi. 



Sejuknyaaa .. Kena buka kasut dan lintas air tu untuk memasuki Masjid.



Ruang solat lelaki kat Masjid Atta'Awun, Puncak, Bogor


Lepas Solat dan lunch, kami terus ke Jakarta. Melewati Safari *tapi tak singgah*, Pekan Bogor dan terus ke Jakarta. Kat Bogor juga dikenali sebagai "Mini Bandung" sebab kat sini ada jugak sikit-sikit "factory outlet". Buat orang yang tak berpeluang ke Bandung, diaorang akan pergi ke Bogor untuk bershopping. Misz-ella pernah ke situ sekali dulu. 

Sampai Jakarta, kami ke Monas ~ Tugu Monumen Nasional. Ala-ala Dataran Merdeka di tempat kita.  Orang kata tak lengkap kunjungan ke Jakarta kalau tak ke Monas. Sebagai pelancong, harus ambil gambar disini walau buat Misz-ella sudah berkali-kali. Hakeem ... buat camni jom.

Cuaca petang yang redup dan berangin buat kami teruja. 
Fly hakeem .. flyy. Yeahhhh .. camtu le.

Wohohoho .. lagi best bila ramai-ramai buat aksi macam ni. Fun!!



Lepas tu kita ke Masjid Istiqlal (Masjid Negara Indonesia) di Jalan Taman WijayaKusumah. Masjid yang menjadi simbol kemerdekaan kepada rakyat Indonesia setelah sekian lama dijajah, sebab tu lah ia diberi nama Istiqlal yang bermaksud "Kemerdekaan" dalam Bahasa Arab. Masjid terbesar di Asia Tenggara ni boleh memuatkan sehingga 120,000 orang dalam satu masa. Uniknya, Arkitek Masjid Istiqlal adalah Frederich Silaban, anak kelahiran Sumatera beragama Nasrani. Hmmm .. ini Kunjungan kali ke 3 Misz-ella ke sini. Nak tau betapa cantik dan besarnya Masjid ini? Mintak tolong Mr. Google ye kawan-kawan. 




Depan Masjid ada Gereja Katedral yang cantik senibinanya


Kita ambik gambar kat luar je

Lepas tu kita check-in di Favehotel, di Jalan K.H. Wahid Hasyim. Jalan dimana terletaknya banyak Hotel seperti Hotel Ibis Arcadia, Hotel Ibis Tamarin, Hotel Cemara, Hotel Akmani, Hotel Maxone Sabang, Hotel Grand Cemara. I have stayed in a few hotels here. Misz-ella suka duduk sini sebab dekat mahu ke mana-mana. Ke Hard Rock Cafe di Plaza Indonesia, ke Sarinah Dept Store jalan kaki sahaja. Di jalan ini juga ada McDonalds 24 jam ~ lengkap dengan 2 Komputer dan Free Wi-Fi. Ada orang panggil jalan ni Jalan Pelancong sebab ramai pelancong suka duduk di Jalan ni.

Rehat sekejap dan bersiap. Muka penat gila nak taruk bedak pun malas. Kitorang ramai-ramai jalan kaki ke Sarinah Department Store sebab kat situ ada Food Court. Nak cari "light food" ler kononnya.

Ini namanya "Skoteng". Skoteng ye kawan-kawan .. bukan skodeng. Skoteng ni sejenis manisan bersusu dalamnya ada kacang. Ada rasa manis dan rempah-rempah sikit.


Lepas tu kami jalan kaki ke Plaza Indonesia ~ Satu lagi tempat yang Misz-ella suka sangat pergi kalau ke Jakarta. Jakarta is a safe city. Misz-ella pernah jalan kaki berdua dengan Kak Nani pada waktu malam kat sini dulu. I love Plaza Indo. Selalunya kat sini i akan beli "perfume" sebab harga kat sini jauh lebih murah dari di tempat kita. Lepas tu, kat tingkat atas ada "Jolly Time" ~ Kedai jual Popcorn beraneka warna dan rasa. Best!!

Lepas tu kita balik dan berkemas sebab esok kita kena terbang pulang. Sedih dah masa ni. Sedih sebab kami harus pulang meninggalkan semua yang indah disini. Bak kata anak-anak buah Misz-ella .. Mula-mula sampai rasa macam tak best .. rasa macam nak cepat balik ke KL .. bila dah duduk lama-lama rasa best ..sedih pulak nak balik. Balik hotel, bersihkan diri dan zupppp .. terus terjun katil. Perghhh .. selesa gila katil kat Favehotel .. boleh tidur 3 orang. See you all next morning ya. Bye.