Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Merapoh Forest Run - 3rd September 2016

Hello lovely readers ..

Entry kali ni tentang MERAPOH FOREST RUN atau dikenali juga sebagai MFR2016 yang diadakan di Pahang National Park, Sg. Relau, Merapoh, Kuala Lipis, Pahang pada 3 September 2016. This entry was written by my son, Aiman who attended the Run on his mommy's behalf since I couldn't made my way to the Run. Thank You Aiman for fulfilling my dream. Jom kita dengar cerita Aiman tentang MFR2016 ni.


Semua dah ready untuk lari .. semangat dorang .. pagi-pagi dah datang

Sejumlah 700 peserta dilihat menyertai MFR2016 yang kali kedua dianjurkan oleh Women's Sports and Fitness Foundation Malaysia (WSFFM), angka yang lebih besar dibandingkan dengan tahun lepas.

Pagi-pagi seawal jam 6.45 peserta dah mula membanjiri ruang pendaftaran. Ramai yang suka berlari dalam 'nature' rupanya ye ..long distance runners, professional runners, amateurs (macam Aiman) dan nature lovers pun ada.



Presiden WSFFM Kol. Bersekutu (PA) Puan Sri To Puan Datuk Shariffa Sabrina bt Syed Akil  dalam ucapan beliau mengatakan bahawa untuk MFR2016 tahun ini, 2 kategori baru diperkenalkan iaitu 12km B17 Lelaki dan Perempuan. Kategori ini telah menarik perhatian lebih dari 200 peserta berumur 14-17 tahun. 

Sambutan memberangsangkan ini adalah sangat positif dalam usaha untuk mendidik masyarakat menghargai khazanah alam. Kategori 12km B17 ini adalah tambahan kepada kategori 25km dan 15km Lelaki dan Perempuan sedia ada. Kategori ini diwujudkan pada tahun ini bagi memberi peluang kepada peserta-peseta muda merasai keindahan alam Taman Negara Pahang, Hutan Hujan tertua di dunia yang berusia lebih dari 132 juta tahun. 

Korang tau tak Merapoh kat mana dan apa yang 'special' kat situ? Merapoh jaraknya adalah 244km dari Kuala Lumpur (3 jam Aiman drive). Yang bestnya kat Merapoh ni ada lebih dari 500 buah gua batu kapur yang unik dan sesuai dijadikan kawasan eko pelancongan negara dan menjadi destinasi pilihan penggemar aktiviti 'extreme' dan peneroka gua. MFR2016 turut mendapat kerjasama dari Jabatan Perhilitan, Tourism Pahang, Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA). Revive turut menaja minuman rasmi MFR2016, manakala Tanah Aina Resort dan Mutiara Taman Negara Pahang menaja hadiah pakej percutian. MFR2016 turut mendapat tajaan korporat dari MNM, Richnetworks dan individu perseorangan. 

Turut bersama dalam acara pelepasan peserta adalah ADUN Padang Tengku, YB Dato Mustapa Bin Long, Ahli Parlimen Lipis YB Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad, dan Pengurus Besar Tourism Pahang Dato’ Ishak Bin Mokhtar.

Acara dimulakan dengan panaskan badan. Kita 'warm up' dulu ..

Ye itu dia sessi panas kan badan. Semua sporting. MFR2016 ini kali ke dua diadakan selepas kejayaan MFR2015 tahun lepas dan disenaraikan dalam Kalender Tourism Pahang dan Tahun Melawat Pahang 2017.


Lepas tu adalah pelepasan peserta. 'Flagged off' dilakukan oleh Presiden WSFFM Kol Bersekutu (PA) Puan Sri To Puan Datuk Shariffa Sabrina bt Syed Akil bersama dengan Tetamu terhormat yang lain. Runners semua dah excited nak lari masa ni.


Dan ... MULA!! 


Peserta-peserta Kategori 25km .. Fuhh bersemangat sorang-sorang


Kategori 15km .. semua nampak hepi berlari dalam hutan yang tenang macam ni.


Antara peserta 15km yang mendahului. Laju weyy dia orang lari .. hebat! 


Dah penat lari rilek rilek dulu layan bunyi hutan. Baru kilometer ke 3 waktu ni. Next Merapoh run korang semua memang patut join sebab serious cantik hutan ni. Hijau-hijau dia fuhhh .. Aiman terpesona. Trail agak mencabar turun naik semua ada. Masa mendaki tu memang terasa sangat *fuhhh .. mencabar* tapi ada tips. Kalau tak nak terasa sangat mendaki tu, pandang bawah. In sha Allah rasa mcm jalan biasa je. Hehe. Yang mana suka nature like me boleh datang Merapoh ni. Sungai, hutan dan segalanya memang dipelihara. Udara bersih dan nyaman .. best gila!




Antara members of media yang join lari. Rasanya 3 orang je kot including me.

'bro senyum sikit nak amek gambar ni'  .. chewah ayat bagi semangat kat adik yang bertugas kat 'water station' ni. Revive penaja utama minuman untuk MFR2016 ni. Lepas minum Revive, makin bersemangat nak lari .. sebelum tu  dah macam Ultraman nak habis bateri hehe

Haahaha teringat dorang ni ..  nampak bukit tinggi terus 'aduh ni aku malas ni' tapi dalam malas-malas pun dia orang enjoy .. senyum je masa lari .. Aiman pun tumpang enjoy sama hehe


Kat Kilometer ke 4 dah mula terasa penat dia ..  'dragon back'  tu .. Adehhh .. baru 4km 

Okay kat KM6 ada Water station kita rilek minum dulu lepas tu patah balik


U-turn menuju finishing line *Yahooo .. *

hehe happy je tengok muka dorang leading


Aiman sempat 'support' brother ni .. *yang tau je tau apa cerita nya*

'bro media kan? Tolong amek gambar kitorang' hehe family yang sporting. 15km lari dengan anak. Suka la Aiman tengok dorang jadikan MFR2016 ni aktiviti famili 


Medical support pun ada .. Siapa 'muscle cramp' atau kaki tak sedap boleh jumpa abang JPAM yang sentiasa ada 

Sungai anak Cheruai. tak kenal siapa Cheruai tu tapi apa yang pasti ada cerita di sebalik nama hahaha

Memang berbaloi  join Merapoh Forest Run ni sebab dapat nikmati keindahan alam dan udara yang segar. Kat tempat lain tak da kot ..


Cantik kan? bukan setakat cantik malah bersih boleh mandi lagi tau hehe


Okay Certificate dah dapat, Medal pun dah dapat ayuh kita pulang. 

Pada Aiman, MFR2016 ni sangat mencabar dan best. Best sebab kita lari sambil menikmati keindahan alam dan cuaca yang segar lepas tu trail dia fuhhh mencabar habis bagus untuk uji stamina mental dan fizikal. Tahun depan kalau ada lagi In Sha Allah Aiman nak join lagi. Ok dah habis cerita dah. Bye.



















































0 comments: