Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Recipe ~ Grill Dory Fish

Hello readers ..

Since i shared my Grill Dory Fish photo on Instagram, I received lot of queries from blog readers asking for Recipe.

Hummm .. sebenarnya Misz-ella bukanlah pandai sangat memasak. Masak untuk diri sendiri dan famili boleh .. masak untuk orang lain, ada kalanya masih ada ragu-ragu.

Takut kalau tak sedap ... Auwwww .. termalu di situ. Hehe. But sharing is caring. So di sini Misz-ella kongsikan resepi Ikan Dory Grill buat semua ye.


Senang cakaplah ~ bahan utama dalam setiap masakan ialah 'jiwa dan raga'. Cook with your heart and soul. Apa sahaja masakan, kalau dibuat dengan penuh kasih sayang, mesti sedap, kan. Tapi kalau dibuat sekadar melepas batuk di tangga ... ummm .. yang memakannya boleh rasa. OK back to the recipe jom .. 

Perap Ikan Dory (beli yang frozen .. 3 keping 1 peket - guna sekeping sahaja untuk seorang, ye) dengan garam dan paprika selama 5 minit. Kalau tak ada paprika, boleh gantikan dengan serbuk cili.

Lepas 5 minit, panaskan kuali dan letak satu sudu makan minyak sahaja. Bila dah panas, masukkan ikan dory dan 'pan fried' sampai masak. Hati-hati masa balik-balikkan ikan dory tu sebab ikan dory isinya sangat halus dan lembut .. senang hancur. Bila dah masak dengan rata, curahkan blackpepper ke atasnya, angkat dan hidang. Senang, kan. Dalam 15 minit dah siap .. bahan-bahan pun tak banyak .. cuma Ikan Dory (Filet), garam, paprika, serbuk lada hitam dan minyak .. 5 bahan sahaja. Untuk salad pulak, kita boleh gunakan apa sahaja sayur-sayuran yang ada dalam peti ais kita. Misz-ella kalau bab masak dan makan ni suka berkreatif .. kadang letak hirisan nenas lah, hirisan buah oren lah, yang pasti daun salad dan tomato kena ada .. sebab itu memang favourite! Lepas ni nak cuba gantikan daun salad tu dengan ulam-ulaman pulak. Boleh jugak, kan. Ok readers .. Misz-ella dah selesai berkongsi resepi dengan korang semua. Selamat Mencuba!


0 comments: