Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Resepi Nasi Ayam Misz-ella

Dah lama tak berkongsi resepi dengan you all semua. Kali ni nak kongsi resepi Nasi Ayam. Dalam banyak-banyak nasi, nasi ayam paling senang nak buat sekali. Jom kita tengok ..



Ayam Goreng Nasi Ayam
500gm Ayam (potong ikut suka)
Bawang kecil 7 ulas
Bawang putih 4 ulas
Halia 2 inchi

Mesin semua bawang dan halia tu lepas tu buat perap ayam selama 30 minit.
Lepas tu kita rebus ayam. Air tak perlu banyak, cukup untuk tenggelamkan ayam tu je. Rebus ayam separuh masak je. Keluar kan dan sejukkkan.

2 sudu Kicap cair
2 sudu Sos tiram
1 sudu Minyak bijan
2 sudu Madu

Bila ayam dah sejuk, perap dengan bahan-bahan diatas selama 10 minit. Goreng ayam hingga elok masaknya.


Cili Nasi Ayam
6 tangkai Cili masak
1 biji Tomato
1 biji Bawang Putih
1 inchi Halia
Perahan Limau/Lemon

Mesin semua bahan-bahan ini. Masak atas api, masukkan gula dan air perahan limau atau lemon. Misz-ella gunakan lemon sebab ianya manis semulajadi, tak terlalu masam. Kuantiti air perahan ni you all agak-agak lah ye.


Kicap Nasi Ayam
Campurkan air rebusan ayam ke dalam Kicap cair.  Dah siap. Senang, kan.


Nasi Ayam
2 cawan Beras Basmathi
2 ulas Bawang Putih
5 ulas Bawang Merah
2 inchi Halia
Sedikit Penumis (Kayu Manis, Bunga Cengkih dan Bunga Lawang)
2 Sudu Margerin atau Butter
1 cawan Susu Segar (Low Fat)
Garam
Daun Pandan dan daun Salam

Panaskan butter atau margerin dan tumis bawang serta halia yang dah dimesin sampai naik bau. Masukkan daun pandan dan daun salam. Bila dah layu, masukkan beras, garam dan 1 cawan susu segar (Misz-ella guna low yang fat). Tambah sedikit air rebusan ayam tadi. Kacau sebati. Tutup dan biar nasi masak.


Sup Nasi Ayam
2 ulas Bawang Putih
5 ulas Bawang Merah
2 inchi Halia
1 Kiub Ayam
sedikit Garam

Tumis Bawang serta halia yang dah dimesin, masukkan air rebusan ayam tadi, tambahkan kiub ayam dan sedikit garam. Biar sampai mendidih dan tutup api.


Dah siap. Dah boleh makan ramai-ramai. Alhamdulillah, sedap. Bertambah anak-anak makan. Bila dah kenyang, masing-masing happy. You all cuba lah ye.



0 comments: