Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Suami Saya Nak Kahwin Lain

Amboi tajuk entry .. bukan main lagi, kan

Tapi ini lah yang sampai ke Misz-ella pagi ini. Suami saya ada skandal dengan perempuan muda, baru 20an umur perempuan tu dan mereka ingin berkahwin.

Apa saya nak buat, kak? Ini pendapat Misz-ella ..

Orang kalau dah mabuk cinta, kau cakap apa pun tak guna. 
Dari biarkan mereka berbuat dosa, lagi bagus kita bagi dia kahwin je. Kalau kau halang pun, dia boleh cari jalan untuk nikah, kan.

Habis saya macamana? 
Kalau orang kata hidup tak ada pilihan, itu salah. Hidup ada pilihan. Satu soalan yang kau sendiri boleh jawab - Kau boleh terima atau tidak perkahwinan dia tu? Kalau kau pilih terima, means kau setuju untuk dimadukan. Maka kau kena terima lah pahit maung, asam garam hidup bermadu tu. Kalau kau tak boleh terima, kau angkat kaki je lah .. cari kebahagiaan lain bersama anak-anak. Kau kena percaya yang setiap orang di dunia ini berhak untuk hidup bahagia. Kalau dengan husband kau dah tak lagi bahagia, Kau nak tunggu apa lagi? Lebih baik leraikan ikatan perkahwinan itu dan cari lah kebahagiaan di tempat lain.

Memang lah susah, memang lah kita bakal merana tapi percayalah pada kasih sayang Allah. Selagi kita percaya pada Dia, berdoa pada Dia, In Sha Allah kekuatan itu akan datang dengan sendirinya. 

Mintak maaf lah .. mungkin nasihat Misz-ella agak keras bunyinya .. tapi sebagai manusia .. Berpijaklah di bumi yang nyata, adik. Fikirlah secara rasional, bukan emosional. Tak perlu kau nak berbomoh-bomoh bagai untuk ubatkan laki kau tu sebab penyakit gatal memang tak ada ubat. Lagipun Syirik kot percaya kepada bomoh-bomoh ni.

Laki kahwin lain is not the end of your world .. but might be the beginning of your new fabulous world. His new marriage might be a blessing for your new life. Ambil perkara ini sebagai iktibar. Bangun lah. Bangkit lah. Jadilah lebih kuat .. tanamkan rasa sayang pada diri sendiri lebih dari sayang kau pada dia. Let it go and move on to another chapter of your life.

Sekian. Nasihat dari seorang teman buat temannya.


0 comments: