Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Puan Sri Nisa Bakri bawa nama Malaysia ke persada antarabangsa

Hello pembaca-pembaca budiman,

Kali ini Misz-ella bawakan kisah kejayaan seorang personaliti bertaraf VIP yang berjaya membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa melalui 'masakannya'.


Personaliti yang Misz-ella maksudkan ialah Puan Sri Nisa Bakri, isteri kepada mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin yang juga penulis buku masakan I AM NOT A CHEF dan pernah muncul di kaca TV negara kita melalui masakannya.

Meskipun tidak mahu dikenali sebagai Chef, pencapaian Puan Sri Nisa Bakri  dalam bidang masakan sangat mengkagumkan. Bermula dengan suka berkongsi masakan beliau dengan teman-teman kesayangan, siapa sangka akhirnya usaha, minat serta perkongsian tersebut telah membawa Puan Sri Nisa ke arena antarabangsa.

Puan Sri Nisa Bakri baru-baru ini telah mengadakan sessi bertemu wartawan untuk memaklumkan kepada kami tentang perkembangan terkini beliau dan berita tersebut semestinya membuatkan kami semua bertambah kagum dengan keupayaan beliau mencipta kejayaan dengan cara beliau tersendiri ..


Pada 22 hingga 29 Oktober 2017 yang lalu, Puan Sri Nisa Bakri telah terpilih untuk menyertai sebuah program Diploma yang dikelolakan oleh NAWEM, bertempat di University Jaen, Spain.

Dalam tempoh tersebut, Puan Sri Nisa Bakri telah berpeluang untuk memasak di restoran terkenal di Spain milik Chef celebriti iaitu Chef Antonio. Puan Sri Nisa Bakri telah memasak sendiri juadah citarasa Malaysia seperti Nasi Wangi, Asam Pedas Nisa Bakri, Kari Udang dan Ayam Goreng Berempah untuk tetamu seramai 40 orang.

Seronok Misz-ella dengar pengalaman Puan Sri Nisa memasak dan menjamu tetamu dengan masakan dari air tangan beliau sendiri .. tanpa 'rice cooker' kata beliau .. saya turun ke dapur masak sendiri semua masakan dan Alhamdulillah .. mendapat pujian dari semua. Hummmm .. bukan kerja mudah dan bukan calang-calang orang boleh melakukannya .. Misz-ella tumpang kagum lah!

Berita gembira ke dua (2) yang dikongsi oleh Puan Sri Nisa pula ialah .. Beliau telah dijemput untuk muncul dalam sebuah program masakan di Dubai bernama Food Addict. Program masakan sebanyak lapan (8) episod ini akan menampilkan Puan Sri Nisa dengan resepi masakan beliau sendiri. Penggambaran untuk program ini akan dimulakan pada bulan Disember dan dijangka akan ke udara di kaca TV pada suku tahun pertama 2018.

Sebagai wanita dan rakyat Malaysia, Misz-ella sangat bangga .. tambah bangga bila Puan Sri Nisa katakan 'Saya berhasrat untuk membawa imej Malaysia di mata dunia - berkebaya, berselendang .. kalau lah boleh, saya nak cakap Bahasa Melayu kita ..' Alahai manisnya impian Puan Sri Nisa .. semanis orangnya.




Selain dari pengumuman tersebut, ada satu pengumuman lagi .., Wahhh .. kejutan demi kejutan buat kami semua yang hadir. Puan Sri Nisa Bakri pada majlis tersebut turut  menandatangani MOU dengan Agroworld Channel Sdn Bhd bagi kerjasama mengeluarkan produk makanan 'Smoked Lamb' yang akan dipasarkan di Malaysia, di Timur Tengah dan juga ke pasaran antarabangsa yang lain seperti United Kingdom dan United States of America. 

Kerjasama diantara Puan Sri Nisa Bakri dan Datin Siti Nur Cahaya melalui NJB Innari Sdn Bhd dan Agroworld Channel Sdn Bhd ini merupakan gabungan dua buah syarikat bertaraf Bumiputera diterajui oleh dua orang wanita hebat. Sekali lagi Misz-ella rasa kagum, terharu dan bangga .. Women's empowerment .. I love to see strong women and I love to witness such an achievement. Betul kata orang .. Life gets easy and we get stronger when we change 'Me' to 'We'. Tahniah Puan Sri Nisa Bakri dan Datin Siti Nur Cahaya.



Pada majlis yang diadakan di Serasi Cafe, milik Puan Sri Nisa Bakri sendiri, beliau turut membuat demonstrasi Asam Pedas menggunakan Pes Asam Pedas jenama beliau sendiri ..









Langkah demi langkah .. siap dalam 30 minit sahaja. Semerbak harum bau Asam Pedas Puan Sri Nisa Bakri ini .. 



Akhirkata, Misz-ella.blogspot.com nak ucapkan Tahniah kepada Puan Sri Nisa Bakri. Cantik orangnya, manis budi bahasa, pandai memasak dan beliau bangga dengan jatidiri dan identiti sebagai Melayu .. Saya tumpang kagum dan bangga! Selamat Maju Jaya Puan Sri!



0 comments: